SAYA MEMANG TAK LAYAK

saya..juz an ordinary n pasif student tba2 menerima satu panggilan dr ofis meminta sy utk menjadi facilitator utk guide study cirle or fardhu ain in my campus...pada mulanya sy menolak kerana tiada keyakinan n rse sgt2 x layak..
akhirnya selepas berlaku adegan pujuk memujuk..sy menerima tanggungjawab itu dgn cuba utk berfikiran positif...huhu

setibanya hari keputusan group yg bakal di conduct oleh faci2 ni..hati sy yg memang dah berat semakin berat menerima tanggungjawab ni..
krn..sy terpilih utk mengconduct study circle
study circle ni lvl dy lg tgi dr fardhu ain so mereka2 yg terpilih utk megikuti study circle majoritynya mereka2 yg mmg tgi ilmunya mcm student DQ huhu T_T
knpkah sy kne mengconduct mereka2 yg lbh tgi ilmunya dr sy..huk3 oh Tuhan...

so..sbg persediaan sy buatla sedikit research utk topik yg bakal didiscuss esk..
Semasa sy tgh buat sedikit research utk mengguide sy sbg persedian utk mengguide anak2 buah sy esok
huhu buat research dlm keadaan tension n serba salah maka sy terjumpa la artikel ni...

so disebabkan teramat berserabut dan tak tahu nk wat ape sy rse nk la post artikel ni kat blog sy sambil meluahkan apa yg terpendam dlm hati sy...

sila la bace..









Naqib
adalah teras jemaah kerana ia memiliki hak tarbiyah, takwin, pengambilan baiah, pengaliran qiadah, dan membuat keputusan (qarar)� - Said Hawa, Al Madkhal Ila Al-Muslimin : Hal 95-96

PENGERTIAN NUQABA�

Pengertian nuqaba� berasal dari kata asal نقب على القوم- نقابة maknanya صار نقيبا عليهم، اى قام شخص برعاية شئونهم
ertinya : seorang yang mengurus dan mengendalikan urusan masyarakat.

Firman Allah Taala : Al-Maidah : 12
"ولقد أخذ الله ميثاق بني إسرءيل وبعثنا منهم اثنى عشر نقيبا وقال الله إني معكم....."

Perkataan naqib maknanya كبير القوم المعنى بشئونهم ertinya : Pemimpin masyarakat yang bertanggungjawab tentang urusan mereka.

Naqib di dalam Harakah Islamiah bermaksud : seorang ahli jamaah yang mempunyai kelayakan thaqafah, khasais dan iltizamat yang mantap dan diamanahkan untuk memimpin dan mentarbiyah ahli-ahli jamaah mengikut wasilah-wasilah tertentu (umum dan khusus).

As-Sheikh Sa�id Hawwa membahagikan ahli jamaah kepada empat peringkat :

Pertama :الأنصار
Kedua : المجاهدين 1 العاملين
Ketiga : النقباء
Keempat :النواب

NUQABA� / NAQIBAT DALAM KACAMATA JAMAAH ISLAM

Di dalam bahagian ini saya akan menggambarkan kedudukan nuqaba� sebagai sebuah institusi / markaz yang amat penting dalam jamaah Islam. Nuqaba� / Naqibat merupakan tenaga penggerak yang amat penting dalam jamaah, sebab itu jamaah tidak akan memiliki kekuatan sekiranya berlaku kepincangan di dalam institusi nuqaba�.

Jamaah akan menghadapai persolan : Bagaimana ahli dapat dipimpin arah perjuangan ? Bagaimanakah ahli-ahli dapat ditarbiyah rohani, jasmani dan thaqafah mereka? Seterusnya jamaah akan menghadapi kesukaran-kesukaran untuk menyerahkan mandat-mandat penting dalam mengendalikan tugas-tugas jamaah.

Semua persoalan dan kesukaran itu tidak akan terjawab selama mana tidak adanya di dalam saf jamaah suatu barisan tenaga nuqaba� yang mempunyai kelayakan dan persediaan yang cukup.�

Untuk mengatasi persoalan-persoalan beginilah maka usaha yang bersungguh-sungguh mesti dilakukan oleh jamaah untuk melahirkan tenaga nuqaba� yang baik. Dengan itu dapat menjamin kelahiran ahli jamaah yang berkualiti.

Itulah secara ringkas gambaran tentang kepentingan para nuqaba� / naqibat dalam sebuah jamaah Islam.

Seterusnya perlu digambarkan di sini tentang kedudukan para nuqaba� di dalam saf jamaah, supaya kita semua mendapat tasawwur yang sejelas-jelasnya tentang tanggugjawab dan peranan masing-masing.

Naqib di dalam kacamata jamaah Islam merupakan sepohon pokok yang baik dan berguna kepada manusia dan alam seluruhnya sebagaimana firman Allah Taala ( Ibrahim : 24). Ini bererti institusi Nuqaba�/ Naqibat adalah merupakan pokok-pokok yang tersebut yang menmghiasi taman gerakan Islam. Untuk menghasilkan kekuatan dan keutuhan jamaah maka setiap pokok itu hendaklah dirangkai dengan pokok-pokok yang lain dengan ikatan-ikatan berikut :

 Ikatan iman dan amal
 Ikatan ukhuwwah dan mahabbah.
 Ikatan saling hormat-menghormati
 Ikatan kerjasama dan jihad
 Ikatan syura
 Ikatan taaruf, tafahum dan takaful
 Ikatan perasaan.

Setelah memahami kedudukan institusi nuqaba�, maka para Nuqaba� / Naqibat adalah bertanggungjawab sebagai :

1) Madrasah-madrasah kecil (usrah atau medan indoktrin �school of thought� jemaah) kepada jamaah bagi menyalurkan ilmu dan tarbiah kepada ahli-ahli mengikut manhaj / muqarrar yang ditentukan oleh jamaah.
2) Mursyid, tempat rujuk dan bernaung kepada ahli-ahli jamaah dalam melicinkan perjalanan hidup mereka.
3) Cermin dan tempat mengukur kekuatan dan kemantapan jamaah dan ahli-ahli. Sekiranya Nuqaba�/ Naqibat lemah, maka kita dapat bayangkan realiti jamaah dan ahli-ahli .
4) Benteng pertama dan golongan teras first-liner (al-Qaedah as-Sulbah) kepada jamaah dalam mempertahankan kekuatan dari serangan dan tekanan-tekanan musuh dari luar.
5) Tentera-tentera jamaah yang bertanggungjawab mengawal keselamatan sempadan jamaah dari dicerobohi oleh syaitan dan musuh-musuh.
6) Pengawal-pengawal yang bekerja mengawal keselamatan dalaman jamaah dari sebrang anasir-anasir yang boleh menghuru-harakan kestabilan organisasi dan ahli-ahli atau pergerakan dalaman jamaah.

CIRI-CIRI ASAS PARA NUQABA� DAN NAQIBAT


Apa yang dinmaksudkan dengan ciri-ciri asas para Nuqaba� ialah : Ciri-ciri yang mesti dimiliki oleh para Nuqaba� dan Naqibat bagi menjamin suatu pengendalian usrah yang sempurna dan berkesan, seterusnnya menjayakan peranan mereka sebagai Nuqaba� di luar usrah.

CIRI PERTAMA
Ciri-ciri Murabbi :


Naqib ialah seorang Murabbi yang mempunyai syakhsiah yang unggul, semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup ahli-ahli sehingga mampu memikul amanah perjuangan di semua peringkat. Para Murabbi adalah orang-orang yang tidak mengenal putus asa, malah menghadapi tugas-tugas pentarbiahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah Alaah Taala.

CIRI KEDUA
Ciri-ciri guru atau mu�alim :


Naqib adalah seorang mu�alim yang mempunyai persiapan ilmu dan thaqafah yang luas, memiliki semangat yang tinggi untuk mencurahkan seluruh ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli usrah dan membimbing mereka di dalam bidang keilmuan.

Ditegaskan di sini bahawa para Nuqaba� dan Naqibat hendaklah mendalamkan pembacan dan pengetahuan tentang Fiqh Dakwah, gerakan dan jemaah-jamaah, Fiqh Al-Bina dan At-Taqwim.

CIRI KETIGA
Ciri seorang bapa atau ibu (Al-Ab atau Al-Umm) :


Naqib /. Naqibah adalah seorang bapa / ibu (yang bertanggungjawab) menumpukan sepenuhnya perhatian, kasih sayang, belaian mesra kepada anak-anaknya dengan menaruh harapan yang tinggi agar anak-anaknya menjadi manusia yang berguna dan berjasa kepada mereka setelah dewasa nanti.

Sifat-sifat seperti ini mesti dimiliki oleh para Nuqaba� dan Naqibat. Segala tindak-tanduk Naqib adalah bertolak dari rsa kasih sayang dan kasih mesra dengan niat mendidik ahli-ahli usrah supaya berjasa kepada Islam.

CIRI KEEMPAT
Ciri al-akh al-Muslim / al-ukht al-Muslimah :


Naqib adalah seorang al-akh al-Muslim / al-ukht al-Muslimah yang sejati yang hidup bersama dengan ahli-ahli usrah di atas landasan persaudaraan Islam, bersedia memberi teguran dengan baik dan menerima nasihat dan pandangan dengan rasa senang hati.


nota kaki:persoalannya..adakah sy memiliki ciri2 diatas..?

jwpnnya..absolutely not..T_T
bagaimana sy nak memikul tanggungjawab yg besar ni..ALLAH..PLEASE HELP ME..
9 Responses
  1. Anonymous Says:

    insyaAllah awk boleh...there must be some reasons why He gives u this chance...chaiyookkk!!!(^_^)


  2. hanaani Says:

    wuwu rai...T_T
    sy ni bckp pon x reti..
    lgpon stdy circle sem ni da laen
    ade krdt..efek gpa la..
    da la kne conduct 15 org..da mmg mcm lecterur sy ni...
    eyt rai..rindu ar..ary tu dgr talk ust emran tba2 trigt kat awk T_T


  3. nani, aku support mum..as naqibah, tingkatkan thaqofah..jaga hubungan kita dgn Allah..u have to believe in urself nani, mum buat kijo molep ni...ni Allah nak bagi peluang kita menjalankan amar ma'arrif nahi mungkar..believe urselj dear..^^,


  4. hanaani Says:

    isk3 nk nanges ase..
    thnkx trah..thnkx rai..
    trah..yup btol jgk tu..tp diri aku sndiri pon kne byk diperbaiki lg...sbelum nk baiki org laen..


  5. nusaibah Says:

    congrats nani..
    i know u can do it..
    insyaAllah...


  6. Anonymous Says:

    huhuhuhuh....nani ngan saibah ni pakat2 ke hah wat touching2?rindu korg gak...wuwuwu...btl ke awk x reti ckp nani?abes slame ni bkn ckp ke?;p...


  7. hanaani Says:

    hahah rai neh..saje je..
    bkn x reti..xde skill je hehe
    tp i'Allah sy try improve kan..
    saibah..thnkx..tlg doakan sy yek..

    rai..mne ade pakat la hehe
    mmg ktorg rindu kat awk pon..


  8. nusaibah Says:

    btul ckap nani tu rai..
    kteorang xmain la pakat2 ni..
    kteorang kn ada kuasa telepati..

    nani, sy cakap betul ni..
    nampk gaya awk pun tau yg awk blh buat..
    ye, sy akn doakn awk..

    (kak nani, adik ibah nk join group kak nani boleh?..) huhu >.<


  9. hanaani Says:

    hahah saibah..sje je
    sy da la tertekan ni heheh tape2 try bfikiran positive...