Showing posts with label peringatan utk sahabat dan diri sendiri. Show all posts
Showing posts with label peringatan utk sahabat dan diri sendiri. Show all posts

Mati itu pasti

assalamualaikum~
anda2 pasti tahu yg mati itu pasti..ye pasti!
setiap yg hidup pasti akan mati..
tp tahukah anda pesanan roh terhadap manusia?


PESANAN ROH KEPADA MANUSIA:

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

kelebihan hari jumaat

assalamualaikum~
selamat pagi jumaat anda2!
berkatnye pagi jumaat ni,bkn pagi je berkat tp sepanjang jumaat ni,
alhamdulillah Allah masih bg peluang kat kite utk bernafas :)
bersempena dgn hari jumaat ni suke la kirenye sy mk mengeshare sesuatu yg baik ni..

6 kelebihan hari jumaat:
1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :

“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:

“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:

“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”

Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)

Sabda Rasulullah SAW lagi :

“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

source:http://myibrah.com

nota kaki:penting jgk potong kuku hari jumaat

wudhu

asslamualaikum~
semalam dpt tidur awl dan hari ni dpt bgn awl..
alhamdulillah :)

okay..tgk tajuk pon tahu yg sy nk ckp psl wudhu kan..
ade ape dgn wudhu?
byk ape2 dgn wudhu ni hehe..
anda2 semua mesti sedia maklum bwhawa wudhu adalah proses bersuci sebelum kita menghadap Allah kan..
wudhu jgk memberi kite peluang utk memohon syurga Allah..
dan anda tahu tak setiap step wudhu tu ade doanye..




1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini.
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terikmatahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasititian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi kemasjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat".
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

sorce:http://facebookaans.blogspot.com


nota kaki:byk hikmahnye di setiap perbuatan kita :)

C I U M (^_^)

ahaa!topik best..!
kejadian ni dah lame la jd,ari tu kami sekeluarga pegi la jogging kat taman(entah cmne leh jd rajin cmtu)
lepas jogging tu kitorg duduk la kat pondok..tibe2 terpandang la psgn suami isteri ni,jalan peluk2..si suami berkopiah dan si isteri bertudung labuh..
mase tu sy pk sgt la sweet dan romantik pasangan ni..
tibe mak sy pon ckp "x elok wat cmtu dpn org ramai walaupun da kawin"
sy diam..er x elok ke..x salah kot dorg kan suami isteri yg sah,ape yg x eloknye..dlm hati je la..
tibe2 hari ni kat fb kwn sy share la salah satu video ustaz azhar idrus
tajuknye 'cium isteri depan khalayak ramai'
ade la seorg hamba Allah tny..hukum mencium ister dpn org ramai dan jenis2 cium
ustaz ckp cium tgn xpe..
tp..tp kalau cium pipi ke mulut ke.....
ia dikira menjatuhkan maruah..same goes tu berpeluk2..
jadi betol la mak sy ckp..x elok berpeluk2 dpn org ramai walaupun dah kawin :)
mama always right ^_^

haa ini satu lg..korg rase elok ke budaya mencium isteri dpn khalayak ramai lepas akad nikah?
sebenarnye x elok..tu budaya org kristian..cume dorg cium mulut tp kite cium dahi kan..
sy pon baru je tahu..ustaz ckp budaya membatal kan air sembahyang bkn budaya islam..
so kalau nk batal2kan air sembahyang buat la dlm bilik hoho -__-


NOTA KAKI:ini url video http://www.youtube.com/watch?v=V5PBnF9tIg4&feature=player_embedded



NOTA KUKU:besederhanalah,jadikan hadith sbg kitab kite,bukan majalah hiburan sbg kitab kita ^_^

bersyukur lah

currently listen to 'tell me why' by Declan Galbraith
sore ini budak sgt la sedap!
menusuk kalbu,menikam jiwa..liriknye pon sedih..

da lame sgt mengabaikan blog ni..rasenye lom trlambat lg kot nk wish selamat hari raya
minal faizin andai pernah terkasar.terguris..tercubit or sebarang 'ter' lg,maklum la sy ni sy hanya manusia byase..dan ampun maaf dipinta jika blog sy ni x dpt memuaskan hati rkn2 pembaca sekalian,masih byk kekurangan yg perlu di perbaiki :))

ok hari ni hari ahad..the last day of taaruf week kat IIUM Gombak ni..
sgt penat spnjg minggu ni..schedule yg pack ditambah pulak dgn some kind of thing dat make us annoyed huhu..
tp bak kata pepatah melayu buang yg keruh amek yg jernih ye :D

now..i hv took a next step in my life..as a bachelor student..!
wah mcm x caye je.da besa da rupenye ank mak ni hahaha..
ok kena buat azam baru ni..mcm2 sy berazam..tp tercapai ke tdk tu wallahu'alam
cz kite manusia hny merancang dan Allah yg tentukan..as a khalifa we juz hv to accept the qada' n qadar and be grateful..kan2??
jgn mudah melenting dan putus harapan,yakin dgn Allah..dan yakin bhw Allah akn kabulkan doa kite..insyaAllah...:)

and if He reject our doa,don be so sad..cz Allah hv choose us utk menrima qada' and qadarnye
mungkin Dia dah sediakan kite sesuatu yg lebih..lebih..lebih baik dr ape yg kite mintak kan?
hanya lambat atau cepat je..
dan dlm mase tu la kite nk reflek diri kite,dosa2 yg telah kite buat mungkin sampai diri terhijab dgn Allah..
kite muhasabah diri dan dktkan diri dgn Allah..tp bkn hanya bila ditimpa ujian je kite nk merapatkan diri dgn Allah,even kite berjaya pon kita mesti letakkan Allah no 1,barulah nikmat yg Dia bg tu berkekalan n bertambah,insyaALLAH..

so dlm kite berazam tu perintah Allah tetap jgn abaikan..baru la berkat kan :))




nota kaki:bersyukur dgn kekurangan n kelebihan kite...
nak bwk basikal la nnt kat uia ni,x larat nk jln kaki :P

kanak2..remaja..skrg warga emas??

Diantara sebab-sebab atau punca-punca Allah turunkan bala disesebuah daerah itu, adalah apabila perempuan-perempuan dijemput untuk mnghiburkan lelaki( dlm kata lain ramai artis2 disanjung). Dan banyak alat muzik dimainkan (perempuan terutamnya).

Pendek kata, hiburan semakin berleluasa dan bermaharajalela mengambil tempat didalam hati-hati (orang-orang muda terutamnya) sehingga hatinya keras mengabaikan apa yang Rasulullah SAW wariskan kepada kita, apa yang diperintahkan Allah SWT Yang Menciptakan apa yang dilangit dan dibumi serta seluruh isinya.


Di kaca televisyen sekarang, tidak habis-habis lepas satu program rancangan realiti tv, kemudian muncul pula yang lainnya. Ianya sama tapi x serupa. Paling mendukacitakan, bermula dari golongan remaja, kemudian berjangkit pula pada golongan kanak-kanak dan yang terkini orang-orang tua yakni golongan emas pula mereka menjamu dengan hiburan sedangkan sepatutnya mereka ini diajak menyiapkan diri untuk apa bekalan yang hendak dibawanya ke akhirat kelak. Astaghfirullahalazim...


Hati mana yang tak terasa perit jika bukan golongan-golongan pencnita-pencinta agama, pencinta-pencinta Rasulullah SAW yang WAJIB kita teladani. Tidak cukupkah lagi peringatan yang Allah sampaikan kepada kita didalam Al-Quran yang karim, yang hakim. Kalau dulu AF, kemudian Mentor naik sekaki. Lepas beberapa tahun kemudian terbit pula idea baru, Idola Kecil. Yang terkini pula dan akan berlangsung tak lama lagi...Kilauan Emas. Syarat-syarat penyertaan 45 tahun ke atas...kalau dah 45 tahun ke atas takda orang lain dah kalu bukan golongan bapak-bapak yang dah beranak, dah bercucu cicit. Sesungguhnya hari yang paling dekat bagi seorang muslim itu, seorang mukmin adalah hari matinya. Tidaklah Allah turunkan nikmat itu melainkan digunakannya atas saluran semata-mata untuk mencari keredhaan Ilahi mencari keampunan dari-Nya.


Dalam surah Ar-Rahman, berkali-kali ayat ini diulangkan bertanya kepada kita, "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?". Sungguh tidak ada satu kurniapun jika tidak lain tidak bukan hanya datang Yang Ahad, Allah SWT. Kamu nak berhibur, boleh...tapi ada caranya dalam Islam supaya kamu tidak dilalaikan oleh hiburan itu lalu kamu lupa akan yang menciptakan kamu, yang akan menyebabkan kamu meninggalkan agamamu hanya pada nama. Dan justeru supaya neraka jahanam itu bukan pengakhiranmu.


"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah) . Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.", Al-A'araf 179.


Masalah hati, apabila dihadapkan dua perkara ini konsert dan kuliyah...realitinya dominan berpihak pada konsert.
Masalah mata, apabila mereka melihat kebesaran Allah mereka melihat dengan pandangan kosong, tetapi apabila mereka melihat yang haram yang disukai syahwatnya mereka menyanjunginya dan mengabdikan diri kepadanya.
Masalah telinga, apabila mereka mendengar ayat-ayat Allah, ajakan kebaikan dan mereka berpaling darinya.


Saya ingin bertanya pada anda dan juga diri saya sendiri....'Apakah masih belum cukup nikmat kurnian Allah Taala kepada kita?'
Allah kurniakan ibu bapa yang sayangkan kamu...tapi kenapa kamu berkasar dengan mereka? kenapa kamu mengendahkan nasihat mereka? kenapa kamu mengabaikan keprihatinan mereka kapadamu?
Allah kurniakan kesihatan, sempurna tubuh badan...kemanakah kamu habiskan waktu sihat mu? kenapa begitu berat kakimu hendak ke masjid? kenapa begitu payah kamu nak bangun solat subuh?
Allah kurniakan kamu kewangan yang cukup...kemanakah kamu perhabiskannya? berapa banyak kamu habiskan wangmu untuk berhibur berbanding bersedekah kepada golongan yang memerlukan?

Sungguh tak terhitung...Subhanallah....'Apakah kamu masih mahu berkira-kira dengan Tuhanmu setelah apa yang kamu dapati dari Tuhanmu?'. Aku ke masjid tadi...dan ternampak lah seorang tua bertongkat duduk diatas kerusi setia mendengarkan kuliyah di masjid hingga masuk waktu isyak dan kemudiannya berjemaah dengan dengan jemaah yang lain untuk solat Isyak. Aku ingin bertanya, apakah telah sampai lanjut usiamu baru kamu hendak dekatkan dirimu dengan masjid? sedangkan masa mudamu gagah bukan kepalang, kakimu yang dua itu pantas saja mencari rezeki, tetapi alangkah malangnya kerana beratnya untuk melangkah ke masjid. Bermacam alasan yang kamu berikan, sedangkan Allah turunkan nikmatnya keatasmu tidak putus-putus tiada henti. Itupan kamu masih nak berkira-kira?


Maaf andai tulisan ini bernada marah dan kecewa. Sungguh Allah Taala suka akan hamba-hambanya beribadat, tetapi Dia amatlah suka apabila pemuda-pemuda yang beribadat kepadanya. Tiadalah yang lebih menyayangimu melainkan Allah dan Rasul-Nya.



nota kaki:di copy paste dr note seorg sahabat atas tujuan perkongsian n peringatan..
muhasabah la diri kita ni..dunia bukan selamanya..akhirat yg kekal :)

IBU

entry kali ni psl IBU..
walaupun hari ni or bulan ni bukan la hari ibu kan..
tp disebabkan tiba2 teringat kat my mum..

hari ni my mum xde..g kursus 3 ari..huhu plknye hari2 yg dilalui tanpa mak..
sy xde la kesah sgt kan sbb da besa kot..tp kesian kat adk yg bongsu..diam je ari ni..
mkn pon sket,before my mum btolak td duk melekat je kat mak..
smlm mcm2 dia merengek,kalau mama xde sape nk selimut dy tdo,sape nk psg ubt nyamuk,sape nk msk sape nk tgk cte hindustan ptg hahaha lawak je padahal adk sy tu da besa..drjah 3 dah..erm sbb dy ank bongsu kot kan..
tugas sy ape lg duk usik dy la hahaha =p..tp kesian jgk la kat dia..
tp act..bagus jgk utk my mum g kursus mcm tu..dpt la dy berehat dr wat keje kat umh ni..kalau x sume mak yh uruskan sy tlg sket2 je huhu..


kwn2 taw ade 3 mata yg x dijilat api neraka
-melihat kaabah sehingga menitis air mata
-membaca quran sehingga menitis air mata
-MEMANDANG WAJAH IBU YG SEDANG TIDUR / SEDAR HINGGA BERLINANGAN AIR MATA

wahh!

dan adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk utk menunjukkan
sesuatu kpd ibu.

kalau kita x doakan ibu kita yg telah meninggal selepas solat maka dikira dia ank derhaka walaupun waktu hidup ibunya dia x pernah menderhaka kpd ibu.
so maksudnye kat cnie jika ibu masih hidup atau telah tiada,kita MESTI doakan mereka selepas solat!

kwn2 nak tawu ape yg sy baru tawu ni?
doa org yg mati kpd yg hidup makbul!
contoh:

ros pergi ke pusara mak,ros ckp "mak esk ros nk kahwin,kan best kalau mak ade lg,doakan kitorg bahagia yek"
seorg ustaz ckp luahkan kpd mereka,krn mereka dgr dan mereka boleh doakan kita dr sana.

subhanallah..

selingan:kalau anda lalu di kwsn perkuburan perlahan kan dan beri salam..
mereka akn doakan kita "berkatilah si A ni"
dan kalau anda x bg salam mereka akn kata"celakalah org ini"

nak tahu x,kalau mase hayat ibu kita memperuntukkan sejumlah wang kpd dia,dan if ibu kita meninggal teruskan peruntukkan itu sbg sedekah,jgn berhenti or kurangkan..krn itu yg buat ibu kita bahagia disana..

dan ALLAH pnjgkan usia ibu bapa kita supaya dia sakit dan nyanyuk utk beri syurga pd anak2 nya..jagalah mereka dgn baik insyaALLAH syurga balasan nya..
so berebutlah utk jaga ibu kita.=)

itu lah serba sedikit entry sy kali ni..wallahualam =)
Semalam tgk Halaqah kat tv9..mmg topic yg best..
dan speaker utk topic ni adalah feberet sy iaitu DR.DANIAL ZAINAL ABIDIN
tajuk nye 'Kenapa Yahudi'..
ape beza yahudi dan zionis?
tak semua yahudi tu jht..yg jht adalah ZIONIS..
zionis di asaskan oleh seorang lelaki yg bernama Herzl..
tp kat sini sy bkn nk tulis sejarah Zionis..tp sekadar utk berkongsi ilmu yg sy dpt..

antara kite sedar dan x sedar sbnrnye kite sdg di attack oleh mereka..
sedar kan?
sy sendiri pon kdg2 terleka..huhu
cmne cara merka attack kite...?
serangan minda,media n elektronik..
1.HIBURAN YG MELAMPAU..
contoh:ramai sgt bdk ppuan skg minat K-Pop atau KOREAN POP..habis semua nama artis k-pop dihafal termasuk lah befday mereka..sy jgk x terkecuali meminati mereka ni..sy penah terfikir adakah ni salah 1 agenda zionis..sbb sy pernah terbaca 1 artikel mengatakan bhw ramai kaum wanita yg mengikut ajaran dajjal sampaikan saudara lelaki mereka trpkasa mengikat mereka di rumah..

2.PERGAULAN BEBAS
lihat je la fenomena kat negara kita skrg,bc paper je mesti ade kes buang bayi
tu dah membuktikan nya..

sbnrnye byk lg serangan zionis kpd kita dlm bentuk yg lain cntohnye pendidikan,makanan,gaya hidup,ekonomi dan etc..

kalau kwn2 sume nk tawu sistem riba jgk berasal dr zionis..bermula dgn BANK OF ENGLAND..dan seterusnye merebak di seluruh dunia termasuklah negara kite sndiri kan..?

byk sgt kalu nk bercakap psl ni,kalau kwn2 rajin bole la mengkaji sendiri
bak kata DR.Danial remaja skrg suke kan hiburan tak ada yg nk MENGAJI DAN MENGKAJI..

itulah antara ilmu yg sy dpt share dgn kwn2 dr HALAQAH smlm..
HALAQAH mgu dpn pon best jgk topicnye..tajuk nye '825 HARI' yg menceritakan psl Khalifah Umar Abdul Aziz..jom tgk =)

Salam ke Assalamualaikum?


Sy rase ramai dah tahu isu pekataan salam ni kan?
tp sy tgk masih ramai yg tetap gune pekataan salam,termasukla sy sendiri..mungkin tak de penjelasan yg detail kot psl ni..tu yg kite semua pandang ringan tentang isu ni kan..
so niat utk berkongsi n sbg peringatan tok kwn2 n diri sendiri copy la satu artikel ni..
bnd baik wat pe nk simpan sorg2 kan..



SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??



Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...



Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.



Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.



Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”



dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.



Jawab salam yang betul ialah ;



“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;



“WAALAI KUM SALAM”(
betol2 sy pon x sedar selama ni sy jwb salam cmne dr segi sebutan)



Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.


Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.



Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.



Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.(
haa..haa x tawu)




Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.



* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”



Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..



Sekian, semoga ada manfaatnya

ONE BREATH = RM 1.00


bila sy terbaca satu topik dlm buku yg baru sy beli td tiba2 teringat kpd seorg ustaz muda yg mengaja kami mse kami darjah 3

masa tu sy lupa pulak bljr topik ape..tiba2 ustaz tu tanya kami..

"mcm mana jikalau oksigen yg Allah bg pd kita ni perlu di byr dgn wang??tiap kali bernafas kena byr seposen cntohnya?"

kami semua terdiam..betul jgk ape ustaz ni ckp..x penah terpk dek akal pon..

"mesti x mampu byr kan?betapa Allah itu maha pengasih,betapa tdk terhitungnya nikmat yg diberi" ustaz tu tersenyum

sampai skrg sy masih igt persoalan tu walaupun mse tu baru berumur 9 tahun..dah 10 tahun rupanye berlalu!

cuba kwn2 pk..katakanlah setiap kali bernafas kena byr RM 1.00..berdasarkan kajian manusia dewasa bernafas 18 hingga 30 ribu kali sehari.
let say we breath 20 thousand per day..1 day = RM 20,000 kan?
cuba bygkan kalau seminggu?sebulan?setahun??20 tahun??
subhanallah..mampu ke kita nk byr??

itu baru cost utk bernafas..cmne pulak cost utk nikmat lain?? mcm nikmat mendengar,merasa,melihat,berjalan,berlari,siang dan malam dan etc.Subhanallah..

cuba kwn2 refer ayat ni:>>
"Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah,(pasti) ia takkan terhitung."
(Surah Ibrahim : ayat 34)


jadi..layakkah kita merungut dgn ape yg telah Allah berikan kpd kita selama ni??
segala nikmat yg Allah berikan kpd kita nyata tdk terhitung..


wallahualam..