kanak2..remaja..skrg warga emas??

Diantara sebab-sebab atau punca-punca Allah turunkan bala disesebuah daerah itu, adalah apabila perempuan-perempuan dijemput untuk mnghiburkan lelaki( dlm kata lain ramai artis2 disanjung). Dan banyak alat muzik dimainkan (perempuan terutamnya).

Pendek kata, hiburan semakin berleluasa dan bermaharajalela mengambil tempat didalam hati-hati (orang-orang muda terutamnya) sehingga hatinya keras mengabaikan apa yang Rasulullah SAW wariskan kepada kita, apa yang diperintahkan Allah SWT Yang Menciptakan apa yang dilangit dan dibumi serta seluruh isinya.


Di kaca televisyen sekarang, tidak habis-habis lepas satu program rancangan realiti tv, kemudian muncul pula yang lainnya. Ianya sama tapi x serupa. Paling mendukacitakan, bermula dari golongan remaja, kemudian berjangkit pula pada golongan kanak-kanak dan yang terkini orang-orang tua yakni golongan emas pula mereka menjamu dengan hiburan sedangkan sepatutnya mereka ini diajak menyiapkan diri untuk apa bekalan yang hendak dibawanya ke akhirat kelak. Astaghfirullahalazim...


Hati mana yang tak terasa perit jika bukan golongan-golongan pencnita-pencinta agama, pencinta-pencinta Rasulullah SAW yang WAJIB kita teladani. Tidak cukupkah lagi peringatan yang Allah sampaikan kepada kita didalam Al-Quran yang karim, yang hakim. Kalau dulu AF, kemudian Mentor naik sekaki. Lepas beberapa tahun kemudian terbit pula idea baru, Idola Kecil. Yang terkini pula dan akan berlangsung tak lama lagi...Kilauan Emas. Syarat-syarat penyertaan 45 tahun ke atas...kalau dah 45 tahun ke atas takda orang lain dah kalu bukan golongan bapak-bapak yang dah beranak, dah bercucu cicit. Sesungguhnya hari yang paling dekat bagi seorang muslim itu, seorang mukmin adalah hari matinya. Tidaklah Allah turunkan nikmat itu melainkan digunakannya atas saluran semata-mata untuk mencari keredhaan Ilahi mencari keampunan dari-Nya.


Dalam surah Ar-Rahman, berkali-kali ayat ini diulangkan bertanya kepada kita, "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?". Sungguh tidak ada satu kurniapun jika tidak lain tidak bukan hanya datang Yang Ahad, Allah SWT. Kamu nak berhibur, boleh...tapi ada caranya dalam Islam supaya kamu tidak dilalaikan oleh hiburan itu lalu kamu lupa akan yang menciptakan kamu, yang akan menyebabkan kamu meninggalkan agamamu hanya pada nama. Dan justeru supaya neraka jahanam itu bukan pengakhiranmu.


"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah) . Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.", Al-A'araf 179.


Masalah hati, apabila dihadapkan dua perkara ini konsert dan kuliyah...realitinya dominan berpihak pada konsert.
Masalah mata, apabila mereka melihat kebesaran Allah mereka melihat dengan pandangan kosong, tetapi apabila mereka melihat yang haram yang disukai syahwatnya mereka menyanjunginya dan mengabdikan diri kepadanya.
Masalah telinga, apabila mereka mendengar ayat-ayat Allah, ajakan kebaikan dan mereka berpaling darinya.


Saya ingin bertanya pada anda dan juga diri saya sendiri....'Apakah masih belum cukup nikmat kurnian Allah Taala kepada kita?'
Allah kurniakan ibu bapa yang sayangkan kamu...tapi kenapa kamu berkasar dengan mereka? kenapa kamu mengendahkan nasihat mereka? kenapa kamu mengabaikan keprihatinan mereka kapadamu?
Allah kurniakan kesihatan, sempurna tubuh badan...kemanakah kamu habiskan waktu sihat mu? kenapa begitu berat kakimu hendak ke masjid? kenapa begitu payah kamu nak bangun solat subuh?
Allah kurniakan kamu kewangan yang cukup...kemanakah kamu perhabiskannya? berapa banyak kamu habiskan wangmu untuk berhibur berbanding bersedekah kepada golongan yang memerlukan?

Sungguh tak terhitung...Subhanallah....'Apakah kamu masih mahu berkira-kira dengan Tuhanmu setelah apa yang kamu dapati dari Tuhanmu?'. Aku ke masjid tadi...dan ternampak lah seorang tua bertongkat duduk diatas kerusi setia mendengarkan kuliyah di masjid hingga masuk waktu isyak dan kemudiannya berjemaah dengan dengan jemaah yang lain untuk solat Isyak. Aku ingin bertanya, apakah telah sampai lanjut usiamu baru kamu hendak dekatkan dirimu dengan masjid? sedangkan masa mudamu gagah bukan kepalang, kakimu yang dua itu pantas saja mencari rezeki, tetapi alangkah malangnya kerana beratnya untuk melangkah ke masjid. Bermacam alasan yang kamu berikan, sedangkan Allah turunkan nikmatnya keatasmu tidak putus-putus tiada henti. Itupan kamu masih nak berkira-kira?


Maaf andai tulisan ini bernada marah dan kecewa. Sungguh Allah Taala suka akan hamba-hambanya beribadat, tetapi Dia amatlah suka apabila pemuda-pemuda yang beribadat kepadanya. Tiadalah yang lebih menyayangimu melainkan Allah dan Rasul-Nya.



nota kaki:di copy paste dr note seorg sahabat atas tujuan perkongsian n peringatan..
muhasabah la diri kita ni..dunia bukan selamanya..akhirat yg kekal :)
0 Responses