Mati itu pasti

assalamualaikum~
anda2 pasti tahu yg mati itu pasti..ye pasti!
setiap yg hidup pasti akan mati..
tp tahukah anda pesanan roh terhadap manusia?


PESANAN ROH KEPADA MANUSIA:

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

terexcited!

assalamualaikum~
post yg ke2 pd hari jumaat ni heheew

excitednye sy!
mengapakah?
sbb..sbb..sbb brg2 dah beli..!!so mcm2 bole wat nnt :)
yea mase utk berkreatif!
sempat je lg td pegi jln tar lps kelas,penat jgk la hari ni..lnsung x berehat
tp demi memuaskan hati sndiri n hati kwn2 i will do everything!
thanks to fatah sekali lg sbb sanggup temankan sy shoping,and sorry sbb terpakse blk lmbt :)





dah bole buka kedai sendiri dah ni herherher :)

kelebihan hari jumaat

assalamualaikum~
selamat pagi jumaat anda2!
berkatnye pagi jumaat ni,bkn pagi je berkat tp sepanjang jumaat ni,
alhamdulillah Allah masih bg peluang kat kite utk bernafas :)
bersempena dgn hari jumaat ni suke la kirenye sy mk mengeshare sesuatu yg baik ni..

6 kelebihan hari jumaat:
1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :

“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:

“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:

“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”

Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)

Sabda Rasulullah SAW lagi :

“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

source:http://myibrah.com

nota kaki:penting jgk potong kuku hari jumaat

wudhu

asslamualaikum~
semalam dpt tidur awl dan hari ni dpt bgn awl..
alhamdulillah :)

okay..tgk tajuk pon tahu yg sy nk ckp psl wudhu kan..
ade ape dgn wudhu?
byk ape2 dgn wudhu ni hehe..
anda2 semua mesti sedia maklum bwhawa wudhu adalah proses bersuci sebelum kita menghadap Allah kan..
wudhu jgk memberi kite peluang utk memohon syurga Allah..
dan anda tahu tak setiap step wudhu tu ade doanye..




1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini.
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terikmatahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasititian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi kemasjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat".
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

sorce:http://facebookaans.blogspot.com


nota kaki:byk hikmahnye di setiap perbuatan kita :)

Halal fair and Chocolate

assalamualaikum~

bg anda yg berada di UIA mesti tahu tentang halal fair..
bg yg tak tahu sile la tahu ye herher..
dan jemput la dtg memeriahkan lg halal fair di UIA..



marey2 ke halal fair :)

okay..cerita sebenarnye ialah sy nk ckp psl coklat..
kat halal fair ni ramai yg jual home made coklat..mcm2 jenis ade..comel2 lak tu
before this sy kurang konfiden sket ngan home made coklat..takut x menepati cita rase sy..coz bab2 coklat ni sy memilih sket..ngeh2
secara x sengaja sy telah terasa satu coklat home made ni,sbb ade tester la kan..
terus jatuh cinta sama itu coklat..murah aje..
seriously sy tak tipu..sdp sungguh coklat ni..bg penggemar2 coklat di luar sana anda pasti akan tergoda hekhek..
dan selepas hari itu sy telah membeli coklat ni utk kali ke pertama,kedua dan ketiga..tunggu kali ke empat lak ye..

brand sri ayu ni je sy berani mkn..yg lain x penah mkn lg..xpe la lain kali leh cube..so sape2 yg berada di uia sile la serang booth2 coklat kat halal fair tu..lg2 coklat home made sri ayu,kompem anda xkan menyesal!




nota kaki:tu la org kate ; belum cuba,belum tahu ye..

Oh bisul

assalamualaikum~

dengar je perkataan bisul mesti dah terbayang kesakitan nye tu kan..
mmg sakit pon..
this is my first time..ade bisul lak ats kepala..igt jerawat je..
dah 2 ari la jgk kan..sakit tu mmg sakit tp tahan je..
tetibe td rasa mcm nk google je cmne rope bisul ni..
kalau anda tgk rope2 bisul yg teruk kompem xlalu mkn 3 hari 3 mlm..tp sy ok je :)
n bile dah google mule rase risau..
mcm teruk je bisul ni..sampai ade org kena operate lg disebabkan bisul..
sy expect bisul ni mcm jerawat je..biase2 je..
tp rope2 nye ade sampai thp kritikal bakteria dlm bisul tu mkn isi2 kite..huk!

kalau anda nk tahu..bisul tu terjadi sbb jangkitan bakteria atau parasit yg mule merebak ke dlm kulit kita..dan ia kemerahan,bengkak dan menyakitkan,memang!
sob3 T_T

dan selepas itu sy mule menggoogle cara2 nk hilang kan bisul ni..

copy from 101 petua:
Untuk mengubati bisul, bolehlah cuba mana-mana petua di bawah:

1) Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.

2) Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.

3) Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

4) Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

erk..masalahnye mane nk dpt cuka la,bwg la,beras la,daun sirih la kat sini..
ini bukan rumah..sekali lg sob3 T_T
xpe la..harap2 kiosk ade jual slh satu antara mereka..


get well soon nanie~


nota kaki:x sanggup nak attach kan gambo2 bisul..nnt anda2 salahkan sy kerana kebuluran :)

my 2nd attempt!!

assalamualaikum peeps~
hehe dah addicted sgt dgn felt craft ni..
aish xsabar nak pegi masjid jamek beli brg2 felt craft..coz brg nye da abes

td tgh2 study..bosan pulak.. teringat ade kain lebihan mase buat purse hari tu,so fikir punye fikir..dpt la idea nak buat hardisk casing..

ini le rope hardisk casing sy tu..enjoy!













nota kaki:mencari idea nk buat ape lagi :)

my handmade purse

assalamualaikum..
lame kan sy mensunyikan diri..ade sedikit masalah yg x dpt elak kan :)


okay..now i got new hobby..x abes2 ngn hobi..hobi memasak trpakse ditangguhkan skjp kerana sy berada di hostel huhu
okay berbalik kpd hobi baru sy td..ce teka,ce teka ape dia?hewhew..
hobi sy adalah buat felt craft..taw x ape itu felt craft?tanye la encik google :P
xpee nnt anda2 tgk gambo nye mesti kua la idea ape itu felt craft..
bagus taw hobi ni..bile start je anda menjahit u will neva stop..mcm mkn kuaci la,u will neva stop eating it till the end..kan2?
so kalau mase tu anda ade problem ke tgh bersedih ke,buat la felt craft ni,confirm anda xkan igt langsung problem anda itu..believe me!



sebelum menjadi purse



1st step..jahit kat tgh dulu



afta jahit,saya lipat kan ia utk mndapat gambaran purse



ini pulak bahagian belakang,sy buat jahitan silang pangkah..berserabut hoho btw thanks to fatah yg tlg ajarkan :)






yg ini bile proses mnjahit done..tgal nak menghias je :)





yeah..done!!hehe..penat memerah otak nk letak2 bnd2 alah ni



ini keadaan dlm nye



bole letak duit byk2 maa~



yg ini ropenye dr tepi..

this is my first try..tu yg berserabut sket,jahitan pon x brpe kemas..tp sy sgt gembira :)))

alhamdulillah..sy jatuh

assalamualaikum..
ni nak cite ni..
semalam ntah mcm mane sy tgh2 jln2 tetibe sy jatuh..
terduduk jgk la..
dah la area tu mmg rmai org..so tersengih2 je la nak cover malu..
sume yg lalu situ tny dy ok ke x..sy ckp ok je
padahal seluar dah kotor,kaki dah bengkak n berdarah
jari pon dah luka..TT
sampai hari ni sktnye terasa lg..nk solat tu mcm seksa
sbb bile nk duduk antara 2 sujud tu sakit sgt..
nak mkn pon susah sbb jari dh luke kan..
sy crita la kat seorg sahabat yg sy jatuh..mase tu sy ckp kat beliau lain kali xnk jatuh dah..sakit
beliau pon ckp..untung sbnrnye jatuh ni?
sy tny beliau knp?
dia ckp at least dosa2 kecil awk terhapus..
bila dy ckp camtu sy mula berfikir..a'a kan betol jgk..x patot la sy nk mengeluh kan
sy sepatutnye bersyukur yg sy jatuh..


Dear Heart...Please Be Nice...

i discover something today!
alhamdulillah...
pagi ahad ni tiba2 sy rase nk mrh dkt seseorang..
dan sy tahu tiap kali sy mrh bkn la sy nk marah tp encik syaitan laknatullah yg mghasut sy supaya mrh..
nyah ko dr sini si syaitan!

selalunye kalau nk mrh sy diam..sy cube pujuk diri ini..
"sy ckp nani,xde ape2 la..x perlu pon nk mrh,ni semua syaitan ni..jgn kalah dgn syaitan nai!"
tp proses nk reda tu mcm lmbt sket kot..
then hari ni sy discover satu formula baru utk redakan kemarahan sy..
sy ckp pada hati
"dear heart..please be nice"
then sy senyum dan serta merta mrh sy hilang mcm tu je!
awesome!
ok ini adalah my miracle word!

p/s:cube la kalau x pcaya ^_^

BERTAUBATLAH PAKCIK!

assalamualaikum..
dah lama sy mmendiamkan diri..knpkah?
sbb sy pon tgh mencari diri saya ni.. ^^
ok la..skrg video oley mmg tgh hangat kat youtube n FB.
taw x video oley ni?
video respon kpd video hudud pas lg by sembang rakyat yg x bertauliah.
actually dah lama nmpk kwn2 FB duk share video sembang rakyat tu,tp tiap kali nk tgk je mesti internet slow la ape la..so x tgk2 la sampai la terjumpe video oley ni.
bila terjumpe je video ni dgn semangatnye sy sanggup bgn pg2 semata2 nk load video ni,yela pagi2 buta je intenet laju sbb mybe ramai yg bgn lg kot huhu..
masyaAllah video oley mmg video terbaik pernah sy tgk,dr pelakonye hingga ke soundtracknye!
sgt heaven tgk susana dlm video tu..pelakonnye pulak sume ustaz2 yg bertauliah n hebat2.x lupe jgk kpd penampilan istimewa bob lokman bekas pelakon,matluthfi si vlogger dan seorg bekas penyanyi rock,lupe nama beliau -_-.
masa tu la sy berkobar2 nk tgk video sembang rakyat tu..
akhirnye pg td berjaya la tgk..
astagfirullah..sedih sy tgk video tu..perkataan yg nk terkeluar dr mulut sy mase tu adalah "jahatnye dorg nih!"
teruk sgt cara dorg mempersendakan hukum Allah
pakcik tu pulak x padan ngn tua terlibat same dgn dosa ni..sy bkn la rase mrh sgt,cume kecewa dan sedih tgk org MELAYU dan ISLAM sendiri kutuk melayu dan islam.
sy yg selama ni x penah nk like or dislike video2 dlm youtube seumur hidup sy,terus tekan dislike n flag utk video tu!
yela pelakonye pon ntah sape2 and dr mana ilmu mereka pon kite x taw tibe ckp psl hukum Allah..dah la mempersendakan pulak tu
sembang mereka pon berbaur politik dr A-Z.
padahal video oley tu lansung x sentuh psl politik,mereka hny menjawab secara tenang dan berhemah,itu lah baru org kata ISLAM.


sy sgt berharap mereka2 yg terlibat dlm menjayakan video hudud pas lg tu bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka,kite xtaw ape akan jd pd kite n dunia ni pada mase akan dtg..dunia akhir zaman.

"dan diletakkan lah kitab(catatan amal) lalu engkau akan melihat org yg berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya dan mereka berkata,"betapa celaka kami,kitab apakah ini,tidak ada yg tertinggal,yang kecil dan yg besar melainkan tercata semuanya,"dan mereka dapati (semua) apa yg telah mereka kerjakan (tertulis).Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun.."
(AL-KAHF:49)

p/s:APE2 PUN VIDEO OLEY MMG TERBAIK,PENGUBAT LUKA KAMI ORG MELAYU DAN ISLAM!

sesuatu yg hilang

sy dah kehilangan sesuatu itu..
sy nk mencari kembali sesuatu itu..
tp di manakah sesuatu itu..

lost..seriously i'm lost!
hati ini perlukan sesuatu..
sesuatu yg berupa santapan jiwa dan rohani...

sy rindukan sesuatu itu..... -_-
desperately need it back...

camne tu?

susah jgk bila deal ngn org yg x sefahaman ngan kite kan..
ntah la..mybe sy ni over ke ape ke xtaw la..
tp bile sy rase x selesa kat sumting tu maknanye ade la yg x kena..
tp nk bertindak sorang2 x mampu..kne ade yg support n setuju..
tp sy x dpt support tu..

kite hidup ni x bole pentingkan diri sendiri je..
cube kite letakkan diri kite kat tmpt org tu..
lgpon bile org dah memberi x patot bg kite utk menerime je tanpa ade usaha utk support org yg memberi tu..
kite x support mereka tp kite nak kan sesuatu dr mereka..
camne tu?

hmm...fikirkan lah

egg tart!

cakk!ahaa lme da kan x update blog ni..da bersawang2 dh ni aishh..
cuti seminggu kat ruma ari tu sempat la mengkaji resepi baru..hehe
egg tart!nyum2..fav my mum,adik alea soya n saya!hee
seronok..sbb actualy sng je nk wat egg tart ni..bahan2 pon simple2 je..

ni lah hasilnye..tp bkn dlm dy pny bekas la sbb xjmp cr kat kedai huhu..
so dlm paper cup ni pon jd la kot kan..same je rasenye..



nak resepi x?
carik la sndiri muehehe


hehe x baek kedekut ilmu..mcm biase resepi ni dambil dr myresepi.com
hny kat website ni je resepi yg sy bole pcaya ok..

bahan2
utk crust:
-2 cawan tepung gandum (ayak)
-1/4 cawan gula halus
-1/2 tp baking powder
-1/4 tp garam
-1/2 cawan butter (potong kecil-kecil)
-2 biji telur(sy gune sebiji je)

~Untuk Egg Filling
-1 cawan susu cair
-3 biji telur
-1 cawan gula halus(kalo x suke manis kurangkan)
-1/2 cawan air
-1 tb tepung kastard
-1/2 ts vanilla essence

Cara-cara:
1. Untuk buat crust:
-masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dalam mixer atau guna tangan pun boleh.
-Masukkan butter. Sebatikan.
-Masukkan telur sebiji demi sebiji. (kalau dah rasa doh dah menjadi, tak perlu masukkan semua 2 biji telur. Tengok keadaan)
2. Untuk egg filling:
-Pukul gula dan telur.
-Masukkan semua bahan filling yang belum dimasukkan.
3. Tekan doh ke dalam bekas tart. Tuang bahan filling.
4. Bakar dalam oven(pandai2 la bako sndiri sbb sy pon pndai2 je hee :P)

so..tu je la,simple je kan3?
slmt mencuba :))

C I U M (^_^)

ahaa!topik best..!
kejadian ni dah lame la jd,ari tu kami sekeluarga pegi la jogging kat taman(entah cmne leh jd rajin cmtu)
lepas jogging tu kitorg duduk la kat pondok..tibe2 terpandang la psgn suami isteri ni,jalan peluk2..si suami berkopiah dan si isteri bertudung labuh..
mase tu sy pk sgt la sweet dan romantik pasangan ni..
tibe mak sy pon ckp "x elok wat cmtu dpn org ramai walaupun da kawin"
sy diam..er x elok ke..x salah kot dorg kan suami isteri yg sah,ape yg x eloknye..dlm hati je la..
tibe2 hari ni kat fb kwn sy share la salah satu video ustaz azhar idrus
tajuknye 'cium isteri depan khalayak ramai'
ade la seorg hamba Allah tny..hukum mencium ister dpn org ramai dan jenis2 cium
ustaz ckp cium tgn xpe..
tp..tp kalau cium pipi ke mulut ke.....
ia dikira menjatuhkan maruah..same goes tu berpeluk2..
jadi betol la mak sy ckp..x elok berpeluk2 dpn org ramai walaupun dah kawin :)
mama always right ^_^

haa ini satu lg..korg rase elok ke budaya mencium isteri dpn khalayak ramai lepas akad nikah?
sebenarnye x elok..tu budaya org kristian..cume dorg cium mulut tp kite cium dahi kan..
sy pon baru je tahu..ustaz ckp budaya membatal kan air sembahyang bkn budaya islam..
so kalau nk batal2kan air sembahyang buat la dlm bilik hoho -__-


NOTA KAKI:ini url video http://www.youtube.com/watch?v=V5PBnF9tIg4&feature=player_embedded



NOTA KUKU:besederhanalah,jadikan hadith sbg kitab kite,bukan majalah hiburan sbg kitab kita ^_^

Imaginasi ku

kwn2 selalu ckp imaginasi sy ni tinggi,suke bygkan bukan2..
contoh hari ni,tgh ari td balik bilik pintu x kunci,kwn2 lak xde lam bilik,
mase tu mmg dah suspicious la,kot2 ade pencuri masuk ke ape ke..
sy siap cek loker sorg2 lg,yela mane taw dy menyorok ke,cek kat koridor la kat blkg pintu la dlm bilik air la..
ptg td sy balik sy cte kat kwn,mmg slh sorg rumet sy ni lupe kunci pintu,then dorg gelakkan sy
sbb bygkan bkn2..hehe bkn ape kite kne la brhati2 jgk kan..

then dulu mse kat pj..kejadian dlm bus,sy ade cte dlm entry sy dulu2..
ade sorg makcik mybe x brape siuman,dy marah2 org kat tepi..
mase tu Tuhan je taw betapa cuaknye sy..mse tu jgk la sy bygkan cmne la klo tibe2
makcik ni kua kan prg n hijack bus ni wuwuu..
sy cte kat kwn dorg sume ketawakan sy..sy x rase klaka pon huk3..

ok..sy berimaginasi terlalu tinggi,mbe pengaruh tv kot hehe..
dan oleh kerana itu la sy la plg penakut huhu..





nota kaki:sejak czu pindah bilik ari tu,bdk ni x penah tdo kat katil sndiri
trimas kpd shbt sy cik fatah laniaz sbb sudi tumpangkan katil beliau
esok,luse,tulat n seterusnye nk tumpang lg ye ^_^

KEJAM!!

menangis sy bc berita hari ni,sanggup seorg insan bergelar ibu mengelar anak dy sndri
ya Allah layakkah beliau digelar manusia??
BINATANG pun sygkan anak..
bila sy bc sy jd ilg sabar sampai tkeluar pekataan yg x sptotnye kat si ibu tersebut...astaghfirullah..

then td bkk fb ade gmbr bayi malang tersebut..terus sy menangis
ape la dosa bayi ni sampai begitu sekali diperlakukan...!!





nota kaki:walaupon rase sakit hati sgt2..tp sy doakan si ibu ni diampunkan dosanye,bkn setakat dosa membunuh..tambah lg dosa berzina! T_T

story mory

I got a story!i got a story!!
xtaw knp rase gembira sgt2 hee..seronok2!^_^
sbb..sbb..assignment da siap!!oh yeah..tp bkn psl asgment da siap je
tp..tp..tp....
gembire bile dgr kwn yg dh lameeeee x jmp,bpe tahun ek??
erm dlm 8 taon kot,yela kwn skola rendah kot tibe2 msg jemput ke majlis
perkahwinan beliau..hoaaa!!terkejut rase!
dolu2 salu main masak2 same2,main berebut tiang same2 kat sekola.amek UPSR same2
same2 kat sekola dah nk kawin dah,alhamdulillah :)
yela msg2 da besa kan..da 20 uhuk2..sy baru je genap 20 dlm beberapa hr yg lepas
14 october,,haa sape2 yg lom wish or bg hadiah lg..still open house hik3

ok..berbalik kpd cerita yg sbnr..haa seronok2!!seronok la bile dgr kwn baik nk kawin
x sabar rase nk pegi..insyaALLAH raya haji yg ke3 bole la pegi..aminn!

ermm pk2 balik..sedar x sedar da besa dah rupenye kami..mmg layak la kalo nk
berkahwin..mcm x caye je,tp terpulang kat individu msg2 la..kalau mcm sy,mmg x layak lg kot
heee..nk manje2 ngn mak n ayah dolu..masih kanak2 lg hua2..kan2?kanak2 ribena lg..
tp mak ade gak sebut2 suruh mencari,mak sy tu sporting sket..dia risau agaknye
sy phm..mak jenis x ramai kwn kalo nk menjodohkan sy ni ahaha..sbb tu suh cr sndri
risau kot anknye jd andartu nnt..xpe mama..muda lg ni ma..hehe
lgpon adk n abg pon dah ade,ank ppuan comel dia yg sorang ni je xde kan mama kan hehe..
x bersedia lg ma..tunggu je mase yg menentukan hehe..

ok lah..idea mcm da kering..motif entry ni bkn nk cte sy ni x laku taw tp nk cite yg sy
happy sgt110X yg kwn sy da nak kawin!!heeeeeeeeeee ^_^

nota kaki:da ramai dh kawan yg sebaya yg da kawin..alhamdulillah..moga2 kekal hingga akhir hayat ^0^

tersalah pintu daa

kalau org tgk sy..mereka akn kp sy ni mcm xde pasaan..relax n cool je kononnye la..
belum knl lg sape sy ni..hoho sekali dah tergelabah 'terkamjat' deme..

disebabkan nama sy ni terlalu unik,dan kerana nama yg unik dan cantik ni la sy selalu terpisah dgn kwn2 kalau ade ape2 program,i am the first and always be the first huhu,kdg2 seronok kdg2 derita
mcm ari jumaat lepas ditakdirkan library skill sy hari tu tanpa ditemani kwn2,dan oleh disebabkan sy ni freshie di uia ni ehe..jd x brapa knl la sgt lokasi2 uia ni..
dgn terkejar n bpeluh2 dh ni sy menuju ke arah library..sesampai je kat library sy lost!
di manekah library skill dijalnkan..sekali sy ternampak seorg classmate yg x pernah sy tegur,terus sy tny beliau lokasi library skill,alamak rupanya beliau pon xtahu,kerana library skill beliau x sama dgn sy dan beliau mncdgkan sy supaya sy masuk ke dalam dan bertanya kpd petugas library..dgn bersungguh2 dan semangatnye sy menuju ke pintu library..tapi...erk knp pintu ni x bukak2..sy kedepan n kebelakang tetap xnk bukak (oleh krn ia adalah pintu auto)
aik xnk bukak jgk td tgk elok je org tu kuar dr pintu ni,rosak ke?aishh..
tetibe classmate sy td pgl sy.."sini la" sambil ketawa!
baru sy perasan rupenye pintu tu hanya pintu utk keluar shj..uwaaa!mama..maluu! rase mcm org bodoh je duk tunggu pintu tu bkk sob3
secara automatiknye sy terus brlari ke arah classmate sy td dan ketawa utk cover malu -_- dh la ramai org kat lua library td huk3..rase nk tuka universiti jek!!


nota kaki:sy dah x cool lg..T_T
bile dah gelabah mmg xdpt pk ape dah,bile dah gelabah sume mcm sampah huk3

sy x suke marah!

i got angry juz now..huhu and when i got angry i regretted it i'll feel malu to myself and to the person that make me angry..and i dont like it when i angry!
seriously i m not that kind of hot blooded person,i m not easy to get angry,even with my siblings..i mean, if i angry i will just shut my mouth and dont want to be disturbed until i calm down myself..but when i cant stand it..i'll say it out loud!then i'll regret it for sure huhu..

to fren..
sory fren,i didn't meant to show my angry,i know maybe u just joking with me,yeah sometime i can stand it but..u know i m not super perfect that always can bear it when u challenged me,yela every time u ym ing me u always challenge me about someting dat i m totally not interested!huh seriously i m not interested in that kinf of stuff..yeah i know it our responsibilty,but ur question kind of memerli n mencabar,mcm..annoying gler la,seriously i dont like it!ok i m sory...mesti ko pk ak x professional kan?huhu..biasa la i m just manusia biasa yg sgt la x perfek..i m sorry again






nota kaki:marah2 ni x elok..syaitan suke