Lelaki..
Dulu,
bila disebut lelaki
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah,
tokoh kami ramai tak terkira
kini,
bila disebut lelaki
wanitanya menunduk lemah
tokohnya sedikit sekali
ramainya boneka yahudi
Dulu,
bila disebut lelaki
wanitanya tenang dihati
lelaki kami menjaga,melindungi
kini,
bila disebut lelaki
wanitanya ingin cabut lari
lelaki khianat,perogol bersiri
Dulu,
bila seorang wanita teraniaya
sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita
kini,
ribuan wanita suci di penjara
fatimah diperkosa minta dibela
lelaki tunduk tak bermaya
Dulu,
bila wanita di bawah jagaannya
lelaki memagari sehabis daya
tiada siapa berani menggoda
kini,
bila wanita di bawah jagaannya
lelaki tak kesah jika auratnya terbuka
wanita dibiar bebas binasa
Dulu,
lelaki brgadai nyawa dan harta
utk mengangkat kemuliaan agama
kini,
lelaki menggadai ketinggian agama
demi nafsu,dunia dan seisinya
Dulu,
lelaki bermati matian mencipta sejarah
kental berjihad,tekun berdakwah
kini,
lelaki hanya menyanjung sejarah
diri bermalasan tenaga tak dikerah
Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah
Al-Farouq,Zunnurain mati terbunuh
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
hingga sanggup berbunuh
Dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh
angkatannya kuat dan teguh
kini,
lelaki assabiyah dan berpecah
sesama sendiri saling bertelingkah
kembalilah lelaki ku
pada kelakianmu
kami merindui lelaki dulu
acuan madrasah Rasul...
nota kaki:sekadar perkongsian dan peringatan
tiada niat utk menyinggung perasaan mana2 pihak..
diharapkan anda sbg lelaki dpt mengambil iktibar dan mesej yg tersimpan..
sekian terima kasih
-__-" 10ns..
sesame
huhu x puas ati tol
gmbr tu spatotnye lelaki tu btukaa
tp x jadik la kat cnie
eyt suhaimi follow la blog ak hehh
thanz...
bnyk bri keinsafan..
huhuh